suatu yang indah,
tak dapat ditulis mahupun dilukis.
ini bukan satu malah berjuta pon aku karang masih tak mampu,
itu suatu yang cantik,
ia indah dari dongeng hang tuah dan dara Ledang.
gua itu gelap,
meraba aku disiksa gelita,
mahu campak semua kudrat,
buat hilang semua penat,
langkah ketar yang bisa dibuat,
menuju kehujung ombak dunia,
mahu kira semua,
tak nak yang nanti ada yang terabai,
tak nak juga ada yang tergadai,
pasir di laut kalau dikira, mau termuntah,
korban perasaan lagi tak ternilai,
dibelasah ombak tak berotak,
sakit?
pedih?
itu ujian dari Maha-Pencipta,
teguh berdiri walau bergenang dua matanya…
Advertisements