rezeki dariMU aku harapkan

aku tahu nikah kahwin bukan benda senang,
tapi aku mahu hidup dengan dia,

Tuhan,
bantu aku untuk ini,
aku tak mahu tengok dia berdiri sebelah kaki,
aku mahu dia disisi,
tak sanggup aku dengar dia tangis seorang diri,

Tuhan,
bantulah kami, dan berkati lah kami,
kami mahu hidup dengan nikmat yang kau beri,
kami hendak lihat dunia berdua bersama ya Rabbi,

Tuhan,
aku hambamu yang hina dan mudah lupa,
kau beri aku hidayah dan taufiq mu untuk aku melangkah,
dan aku mahu pimpin dia untuk hidup mewah di akhirat sana,

Tuhan,
pinjamkan aku kuat untuk aku pimpin dia,
jangan kau tiup alpa dunia dijiwa setelah kau tunjuk jalan yang bercahaya,
redhakan dia untuk terima aku jadi pemimpin sementaranya,

Tuhan,
Kau maha segala; kau maha segala-gala,
aku pinta untuk aku berupaya untuk dia,

Tuhan,
Kau kurniakan aku cinta dari wanita itu,
sesungguhnya aku merayu agar dia kau cipta dari rusukku.

Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s