Jika seorang aku disitu

jika;

aku seorang yang patah tiga kakinya,
terlantar sendiri, ber”IV” ditangan,
sakit ku membukit dan Paracetamol menjadi panglima aku,
4 bulan aku gagal fungsi, segalanya dibantu mereka,

aku lemas dalam payah, kenapa tuhan?
mana pelampung tuk aku? aku sudah penat berenang dalam laut ini.

disaat sama;

3 beradik kemalangan bersama,
tulang mereka ranap sekelip mata, wayar berselirat ke tubuh beradik 3,
bergenang mata ibu melihat anak-anaknya tidak bermaya,
anaknya diberi dugaan serentak tat kala si-ibu kematian si-bapa,

TUHAN kenapa Kau buat mereka begitu?
lemparkan pelampung kepada beradik 3 itu dulu, kurniakan ibu mereka sampan menyelamat.

disaat sama;

senegeri dilanda raksaksa celaka, yang berselimut alasan “keamanan untuk dunia”
wanita dan anak-anak dibedil tanpa mata, hanya kerana tiada fahaman bersama, (syria)
mortar dan bom tangan memeriahkan suasana, roket dan jentera pembunuh jadi sahabat setia,
30 mati, kaki dan tangan hancur dan cacat itu pasti sehingga mati,apa sudah jadi dengan dunia,
sirap merah dijalan raya adalah biasa, ibu gendong anak kecil digilis hancur,ini semua kemalangan besar yang lama,

tuhan kenapa Kau biarkan mereka begitu?
hujankan mereka pelampung, kurniakan mereka pahlawan yang menyelamat,

didetik yang itu;

tatkala aku rasa mahu lemas, ada yang sudah lemas, dan ada yang sudah didasar,
TUHAN kurniakan aku, dia, dan mereka kebaikan dalam kesusahan itu,
hanya Kau sahaja yang tahu apa yang aku, dia, dan mereka tidak tahu,

TUHAN aku REDHA dan BERSERAH kepada ENGKAU

tatkala kita berasa payah, ada lagi yang hebat dugaan hidup mereka, kenapa tidak bersyukur? DIA maha TAHU apa yang baik dan apa yang lebih baik untuk makhluknya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s