Sebuah Mukjizat Muhammad

QURAN,
bila tanya semua tahu, [dalam konteks melayu]

kalam Allah
Mukjizat Muhammad
penyembuh Penyakit
ibu segala Buku
penghalau syaitan

 tapi bagaimana? adakah dengan;

baca
simpan
jadikan tangkal

 mugkin salah mungkin betul, tapi penghayatan itu sebuah destinasi dalam mencari Quran. Sebuah buku yang ajaib dan ajaib nya ghaib, hanya untuk orang yang celik. Bukan untuk orang hanya pada realitynya celik tapi…..

Baca;
Semata baca? asal ada. Benar, tapi jika hanya semata ia umpama lombong emas yang ditanam padi, dan padi itu mekar subur. Untung, tapi masih ada yang tersembunyi yang lebih memewahkan. cuma perlu sedikit lagi usaha untuk mewah, dan ini jika semata baca.
Apa jika tiada? mudah — tiada keuntungan dan tiada kerugian hanya biasa. Ibarat tanah yang berlombong emas itu hanya dipacakkan tiang iklan dan mengharap akan ada insan yang akan menyewa tapak iklan itu — diulangi “mengharap”. Menanti sesuatu yang tiada pasti sementara sesuatu yang mewah itu memang tersedia dengan sedikit usaha.

adatlah manusia; sentiasa megah dengan apa yang ada, sentiasa….hanya kerana mereka hanya celik pada reality.

‘dengan bermegah-megah itu melalaikan kamu, sehingga kamu dimasukkan kedalam kubur’ [102:1-2]

Simpan;
simpan, ini bukan perhiasan rumah! YAKIN setiap rumah melayu mesti ada simpan senaskah setidak-tidaknya, ambil berkat kata mereka; ada yang diframe kaca, ada yang di letak di tinggi Almari. Seperti emas yang hanya disimpan untuk jadi simbol yang aku ini beremas, kaya, kerana aku miliki emas, dan aku harus memertabatkan dengan simpan dengan cara yang terbaik. Hanya sebagai simbol… {mahu ku tunjal kepala mereka}
simbol boleh hilang tiba-tiba.

Tangkal;
Kau fikir syaitan itu nyamuk yang boleh kau sembur ridsect. Kalau buat tangkal berfungsi kenapa ramai lagi mabuk dan berjudi, kenapa masih ada lagi hujan bayi dari langit? kalau berfungsi sebagai tangkal mesti China dah print dan fabricate banyak-banyak dan jual. Boleh jadi jutawan jika tangkal ini ada fungsi dan dikomersialkan. Tapi tidak!…..ada yang tulis kalimat lipat elok-elok dan pastikan sentiasa bersama diri, untuk elak malapetaka yang diteraskan syaitan, ini mereka percaya, tapi tak sedar yang nyawanya tetap ada walau solatnya tak cukup lima [ayat orang].

so;
quran itu perlu penghayatan. tanpa penghayatan ia seperti baca kamus, yang didalamnya banyak benda berguna tapi hanya sekadar baca buat apa?? [walaupon pahala dosa bukan urusan kita]
quran itu perlu disemat dalam diri, bukan perhiasan intelektual yang mudah dibeli. [jagan tanya semat itu macam mana-kerana aku pun masih mencari bagaimana]
quran itu memang satu tangkal, tapi bukan semata pada fizikal, ia adalam iman, dan kitab ini rukun iman yang ke-3. Iman ialah percaya 100% tiada lagi kepercayaan lain, tiada ragu mahu pon syak. sebuah percaya yang benar-benar percaya itu iman.

Wallahualam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s