syukur,
aku hidup lagi hari ini dan sebelum,
berpuluh tahun aku di gurun ini,
mencari sebuah oasis nyata,
tapi hingga kini aku belum jumpa ia,
syukur,
kerana kaki ini masih boleh bergerak,
walau kiri masih gagal fungsi,
aku masih hidup walau sebelah kaki,
dan aku disini kerana itu,
syukur,
kerana aku masih lagi sedar siapa aku,
tak lemas, tak terbang, dan tak selam,
sedang lagi bertarung graviti bumi,
dan aku masih ruh yang berjasad didimensi alam sementara,
misi aku,
untuk jadi seorang aku,
yang teroka oasis baru yang nyata,
untuk aku dirikan tapak empayar untuk,
sahabat, saudaraku yang manusia,
jadi harian guna mereka,
sebelum aku abadi di sana.
Advertisements