picagari untuk ayam

ini
bukan cerita majalah,

dulu sebelum tsunami datang
bergelimpang ikan di tepi pantai
bukan sekor dua
tapi berbakul-bakul

wan leman, fauzi karim, suhaila ismael gembira dapat ikan percuma
tak sedar tengah alpa mengutip nikmat tiba-tiba
mereka dibaham ombak bergaram airnya
mereka hilang dari mata manusia
sekelip mata…

esoknya
nama mereka disemat dalam berita perdana
kesian bukan pada mereka…

hanya ummul kitab dapat dibaca
dan dihadiahkan buat mereka
dari jauh…..

apa iktibar cerita pada manusia?

tiada,
yang disalahkan cuma engineer malang yang gagal mengesan bencana
dan langkah berjaga-jaga untuk manusia
dan biarkan mereka alpa dan leka
tak sedar itu hadiah dari langit bagi ‘mereka’
tuhan jemput mereka dulu dari keghairahan dunia
‘sekarang mereka sudah tidak perlu risau dosa dan fitnah esok’

teorinya akli-nya

jangan bangga jika kau ayam daging
yang pantas dan kejap detiknya untuk jadi
gebu cantik – atas sebab disuntik

kerana nikmat cantik dan gebu yang pantas itu hadir bukan kerana
kau berhak dan kau layak semata
tapi untuk singkat masa utk mata pisau menyembelih tengkuk
akan tiba masanya jasad kaku tanpa ruh

– bukan mahu tahun-tahun duduk atas sejadah
– tapi sentiasa igat akan siapa tuan kita
– supaya nanti bila dia jemput kita
– kita leh senyum sahaja.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s