Parodi Bangau oh Bangau

huruf gabung huruf – jadi kata,
kata gabung kata – jadi ayat,
ayat gabung ayat – jadi kisah pendek [kispen],
kispen gabung kispen – jadi cerita [cerpen],
cerpen gabung cerpen – jadi novel [kisah],
kisah gabung kisah – jadi cerita,
cerita gabung cerita – jadi kehidupan,
kehidupan gabung kehidupan – jadi dunia,
dunia gabung dunia – jadi alam,

alam tiada gabungan – ia sempurna tanpa cacat cela.

alam hanya dua iaitu fantasi atau realiti,
dan realiti itu berhijab kerana realiti itu dirancang-Nya,
yang Nyata dan Ghaib.

dan kini perjuangan adalah direaliti fasa pertama.

Advertisements

Limitasi Imiginari 3 petala,

setiap perjalanan ada jatuh bagun,
setiap cerita pasti ada klimaksnya, mula, dan tamat,
dan inzal itu hanya puas sementara,
dan kesenangan selepas kepayahan sememangnya manis yang dalam,

disini bukan sebuah cerita,
tetapi satu alam dibelakang gerigi raksaksa seksa,

dan aku percaya pada setiap kataNya,

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
yang memberatkan punggungmu,
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu,
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

 [94:1-8]

Epilog cerita itu

celik sepasang mata,
keliru dan kabur sekitarnya,

adakah aku sudah dicerai dunia,
jika positif jawabnya,
dunia…..
tolong rujuk aku semula,
berjuta dosa aku masih disana,
yang belum sempat ku padam semua,

aku cuba bangkit dari duduk aku ,
lihat aku makin terang dan yang kabur itu hilang,
kutoleh kepala mencari kelibat orang,

aku,
pandang utara – nampak tiada apa
pandang selatan – nampak tiada sesiapa
pandang timur – nampak kosong semata-mata
pandang barat – masih tiada manusia,

sekitar aku banggunan kosong,
yang ku rasakan berinstrumentkan sunyi,

takut, celaru, ingin tahu,
semua ada dan dikumpul jadi satu,
bergenang mata…

aku menapak kedepan,
langkah kecil yang penuh hati,
mencari sesuatu yang mungkin jadi teman aku tika ini,

ini bukan soal aku takut,
ini bukan soal adakah aku sudah mati,
tapi ini soal apa soal yang perlu aku soal,
pada aku,

dimana aku?

*****

13SHABAN1433

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANG

mula
tika saat itu hilang dirasa
saat itu datang tanpa duga
insan kata ini pembatal dosa

bosan tiada rutin biasa
rutin baru yang yang amat baru
siapa sangka aku bagai dipenjara
mungkin ada makna yang luar pengetahuan aku
dan aku mula bina tapak disini.

di alamat
No 48, Jalan Duakosong
sebuah analogi dimensi yang menyatukan aku dan dia
dan dia
adalah tawa
azimat
moga tuhan cipta dia
untuk aku tidak rasa hampa
terima kasih tuhan

dan tulisan ini dijadikan terapung
adalah kurnia keluarga
dan aku sayang pada mereka
dalam payah sentiasa ada
moga tuhan tak padam
igat aku pada mereka
dan aku janji nasib mereka aku bahukan
jika nanti aku lupa
TUHAN
tolong seksa aku didunia
untuk aku igt mereka
kembali

memang ya, aku bersepah dosa
mungkin ini punat restart hidup
format semua
bagi padam segala
mula semula

petang 1630
sebuah petang 5Februari
tahun naga
saat rubah hidup manusia aku
mungkin waktu itu aku lupa sesuatu
cina percaya ia tanda tuah
mungkin ada benar,tapi aku tak percaya

ini sebuah catatan aku
mahu sedikit lain
kerana aku suka cantik
dan puitis
mana tahu benda itu memang lama ada dalam aku

dan sudah masa untuk aku luahkan

“Ya Tuhanku,
ampunilah aku
dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan
yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku,
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi”
[38:35]

sekian