Tahiyat

Segala p’hormatan, keberkatan, solawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

aku tanpa daya dan kuat

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: ‘Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? ‘Muaz menjawab: ‘Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui’. Rasulullah SAW bersabda :

‘La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah
melainkan dengan kekuatan Allah,
wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah
melainkan dengan pertolongan Allah SWT.

Kahf – Cerita Gua dari Langit

ini cerita “Gua”
chapter yang ke-18
110 ayat sakti
4 kisah besar dalam satu cerita.

satu,
betapa teruknya sekali kita diugut
jangan kita tinggalkan Islam
biar kita yang tinggalkan mereka
walau teruk mana sekali pun
(kisah lelaki gua)

dua,
betapa banyaknya harta dunia kita,
sebenarnya itu bukan semata-mata usaha kita,
bukan semata-mata,
jangan lemas dalam mewah dunia,
kerana apa yang kita rasa mewah
bukan kerana semata-mata kita
(kisah lelaki, kawan, dan kebun-kebun mereka)

tiga,
betapa tingginya ilmu kita,
ada yang lagi tinggi ilmunya,
dan untuk mencari ilmu,
perlu pastikan dari mana ilmu itu,
keluarkan soalan dalam belajar sesuatu,
yang bukan dari ilmu yang diada-adakan oleh manusia,
kerana segalanya datang dari dia,
(kisah musa dan hamba Allah yang berilmu)

empat,
betapa besarnya kuasa kita,
ada lagi kuasa yang besar yang berupaya memberi kuasa,
sentiasa berendah diri,
dan sentiasa mengharap petunjuk darinya,
kerana hakikatnya kita adalah hamba,
yang dipinjamkan kuasa,
(kisah Dzulkarnain)

hafalan 10 pertama – terlindung dari fitnah Dajjal
bacaan hari Jumaat – cahaya pada diri sehingga jumaat akan datang

–||ref||–

dua belas waktu yang bernama

satu
muharram
1-awal tahun
10-asyura – dosa setahun depan deleted

dua
safar

tiga
rabil’ul awal
12 – maulidur rasul

empat
rabil’ul akhir

lima
jamadil awal

enam
jamadil akhir

tujuh
rejab
27 – isra’ mikraj

lapan
sha’ban

sembilan
ramadhan
17 – nuzul quran
20~30 – lailatul qadar

sepuluh
syahwal
1 – aidil fitri

sebelas
zulkaedah

duabelas
zulhijjah
9 – arafah – dosa setahun depan-belakang deleted
10 – aidil adha
11,12,13 – hari tasyrik

alamat 3

MUKMIN
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

JUJUR
Merahsiakan ibadahnya.
Merahsiakan sedekahnya.
Merahsiakan ujian yang menimpanya.

ALIM
Jujur dalam berkata-kata.
Menjauhi segala yang haram.
Merendahkan diri.

TAQWA
Takut berlaku dusta dan keji.
Menjauhi kejahatan.
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

AHLI IBADAT
Mengawasai dirinya.
Menghisab dirinya.
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.

Wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Sayidina Ali r.a.