Dari Sepucuk Pistol ke Kereta 4-Lejang

Hang Jebat ni kira bertuah sebab Hang Tuah tak kawan dengan Samuel Colt, kalu tidak mesti Hang Jebat ditembak dari jauh jer dengan revolver sebelum sempat membuka pencak. So tak ada laa yang hikayat pepanjang cerita kisah depa berlawan.

dan,

Justin Bieber pulak bertuah sebab zaman sekarang ni orang banyak bebudak yang kurang ke-mumaiyis-an main facebook n twitter, kalu tak usah harap la nak adafollower twitter ngan fan yang ramai macam tue. Dah la suara tak sedap mana muka pun cam jambu plastik. *tiada unsur iri hati disini*

Itu jaman dulu-dulu dan kisah seorang yang bukan warga malaysia tapi sekarang kat Malaysia ni kau kira bertuah, jika ko ada dua komrad yang sorang ber-tshirt one-piece tu ada home-stay berpenghawa dingin lengkap dengan peti ais dan sorang lagi ada kereta yang laju dan selesa walaupun cermin retak ditambah dengan sound system yang mantap. Hoho..yang paling rare ialah ciri2 Puspakom yang naturally ada pada owner tshirt one-piece tue…

Post ini cuma pendapat penulis yang bukan materialistic.

Advertisements

Lauwamah

persis rembesan pagi yang megusar,
mencari ketengangan dengan kesalahan,
aku sedih setelah tenang,

ini tekad yang entah berapa kali aku buat,
aku JAHAT??

sebelum tamat aku mahu berehat,
beri sesuatu pada aku yang belum pernah aku lalu,

enam darab tiga puluh hari,
ini yang aku sasar,

moga aku dibekal kuat dari atas

Sinar-kan Venus vii semula

sekian lama aku tidak menulis sesuatu yang benar asalnya dari sebuah jiwa miskin
dari negeri kosong yang tidak cantik untuk dizahir,
sepi tanpa bayu menghebus segar,

sudah lama – jika benih kemboja disemai mungkin kini tiba masa untuk berbunga,
tiada teras falsafah longkang yang aku bawa,

banyak peristiwa besar yang aku pilih hanya untuk jadi pemerhati,

dan “aku bukan siapa-siapa” akan aku kempalkan kemas dan ku perloskan dalam botol kaca sebelum aku hanyutkan ke dalam lautan,

kini aku memilih untuk menembak,
setelah pemilihan rambang itu aku cuba elak,

dalam melawan rakan yang juga musuh besar yang aku perlu tewaskan,
dalam sebuah peperangan setelah beberapa pendamaian cuba dimeterai,

harap aku tak mati sebelum menang perang lawan aku sendiri

MULA…..