Teratak Jasbir

disitu aku dibisik
melalui dari kerana seutas tali nan merah

bisik itu kata sesuatu
yang mungkin aku perlu,

cuba aku hadam – kerana aku ada limitasi terjangkau

“syurga itu dicipta untuk makhluk beriman
neraka itu mesin peluntur dosa makhluk lepas di-neraca-kan
dan dunia ini diadakan tanda Dia Ar-Rahman”

kerana yang sebenar cahaya itu, dunia tak terlihat
yang tersurat itu kau nikmat sebab deria yang-lima
kerana yang tersirat itu tembus, selagi kau manusia
‘berderia lima semata’

seketika TAMMAT

Kursi

 Allah, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup kekal dan terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya,
Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
dan mereka tdk m’getahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

2:255

Tahiyat

Segala p’hormatan, keberkatan, solawat dan kebaikan hanya milik-Mu ya Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Seruan

Wahai tuhan yang miliki seruan yang telah sempurna ini,
dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi
kepada junjungan kami Nabi Muhammad
dan kehormatan dan pangkat yang menjulang tinggi.
Dan bangkitkanlah untuknya kedudukan yang terpuji
yang Engkau janjikan.