SURAT UNTUK ANA

Ana,

Sebenarnya aku tujukan tulisan ini untuk kau Ana, mungkin aku tak kenal kau dengan rapat dan seringkali kata-kata kau aku tak faham, kau seringkali berngadah dan berteori tapi kau tak ada paksi, mungkin pada aku ilmu kau itu tinggi sedikit berbanding aku, tapi Ana jika kau nak masyarakat hadam apa yang engkau sampaikan kau kena kebawah dan paham apa yang mereka paham dan belajar mengenali mereka, dan kau perlu tahu yang mahu memahami itu siapa.

Ana ada yang mengatakan kau ni tak pandai bercakap, dan percakapan engkau susah untuk difahami, dan mungkin kerana kau ada masalah yang kau sendiri dan kau sendiri pun tak tahu macam mana mahu hadapi, tapi cubalah perlahan-lahan, jika kau tak mampu bercakap, kau bisik sahaja ke telinga-telinga yang mahu dengar teori kau tu. Sebab kau tak mampu paksa mereka faham dan kau tak akan mampu paksa mereka berfikir apa yang cuba kau sampaikan. Kerana hakikat manusia yang memang malas mahu berfikir kecuali orang yang mempunyai akal yang sihat.

Ana kau igatkan aku pada satu sahabat aku yang bukan sahabat tapi macam sahabat, kerana aku tahu dia adalah sahabat aku tetapi aku tidak kenal dia sebagai sahabat aku, kerana banyak manusia itu dalam pura-pura, dan kau sendiri pun banyak berpura-pura. Aku nak menasihatkan kau agar jangan pura-pura itu nanti jadi keris bogel dan jadi alat untuk kelar leher kau. Kerana sesuatu yang indah itu bukan sentiasa perlu dicerminkan. Ana keluar dari kotak dan belajarlah menjauhi klise, kerana bahagia itu tak sempurna tanpa derita.

Selagi kau tak mati kau perlu buat apa benda yang kau hajati, dan jika kau tak mampu kau mintak pada ilahi, apa sahaja yang kau lintaskan dalam benak kau kau zahirkan, memang Allah itu Maha Mendengar tapi ini untuk diri kau sendiri kerana kau ni jenis manusia ini mudah lupa dan cepat malas dan susah mahu berusaha. Aku kenal kau dah lama dan aku tahu cara kau berfikir.

yang benar,
AKU

komrad saudara yang berhijrah

ceritera sebuah mulutan orang yang tiada pasti
tapi kenyataan pahit itu terang sipi-sipi

pergi seorang suami yang kau anggap sudah lama mati
kau persetankan masyarakat keliling yang mengatakan kau itu mulia sekali
kau canangkan yang kau penat buat itu dan ini
mungkin pengetahuan belum sampai ke engkau lagi

kak… ini dunia mimpi je, bukan sebenar rialiti,
kelak esok baru kau nampak betapa besar celaka kerana aksi ini,

dan aku menulis ini pon tiada sandaran jitu
yang dapat tahan aku dari jatuh,
kerana ini mulutan orang dan apa yang aku nampak sipi-sipi

moga kau dan suami bersatu disana nanti
dengan bekal yang kita tanam sendiri,

aku doakan kau selamat berpindah

moga kau tenang disana

.

.

AL-FATIHAH
1956-2013

kunci ke taman larangan

boleh riang dengan noda –  selagi tanpa oksigen
kerana nanti disebabkan noda itu oksigen itu menyala
kelak lecur tubuh yang beri perisa merana tanpa hingga

bila kau bercerai oksigen kau boleh gembira bersama noda
kau carilah ruang tanpa oksigen
tanpa
tanpa
tanpa
ini kunci ke taman larangan – yang aku jumpa

kerana setiap manusia pasti ke-neraka
dunia ini taman untuk mencari
mentera yang memadam api disana

kerana mentera itu jika dicari
pasti akan jumpa

tiada apa yang dapat aku kata – mereka tua?

#suzuki-cup

harimau malaya vs todak temasik
selama empat puluh lima minit
mereka letih
pandai mereka terhijab
cerdik mereka dulu tersorok – mungkin di’pawang’kan temasik
ini aku tulis sesudah separuh nyawa masa

aku
sudah pasti mahu
harimau membaham todak
namun mereka tertikam pedang di muncung todak

‘secara terbuka’
Raja Gopal perlu turun
sedangkan;
Frank Rijkard
Pep. Guardiola
dan ramai lagi faham akan ‘kemampuan’ sendiri
adakah ‘dia’ ini dewa langit yang diseru menyandang jawatan ‘pemacu’ harimau
kebanyakan tahu mereka perlu turun setelah kecewa peminat itu timbul
kerana ini bukan permainan sukan semata
ini perniagaan juta-juta…
ini libat perasaan
ini libat maruah sesetengah
kerana bukan semua penyokong malaya
peminat ‘Liverpool’ yang kebal asa kecewa
kerana mereka itu manusia klise kebanyakannya
yang mahu menang sentiasa – kalah sekali sekala mungkin ‘tak apa’

*separuh nyawa kemudian – bawah*

lemau
mungkin?
sudah lama disitu –
mentera gopal sudah tawar
perlu ada pawang yang baru

positif nya
ini baru game pertama
ada sinar dibalik semua ini
mungkin kerana ada yang menabik dada

resmi filem bollywood
“hero kan kalah dulu” – harap tertempias kewajah Harimau Malaya
moga skrip lama (2010) diulang encik gopal
masa mula muda harimau dibelasah garuda (1-5)
tapi diakhir momen harimau juara

harimau terlalu berlari buta
semangat kuat tapi akal tiada – aku kata
bukan tiada semangat kekitaan
tapi rasa mual timbul – ehh aku bukan ke stadium pun…
tapi aku ‘still’ termual

penyerang kita – taraf antarabangsa
pemain kita – semua pada aku hebat dan layak menyarung seragam negara
tapi atas mereka – adakah hanya sekadar jelmaan kera

rasa mahu carut kuat-kuat
tapi nak carut kepada siapa?
kerana tiap kali aku bersemangat menyokong pasti hampa (0-3) – kenapa?

dan ehh….
tapi esok kan pasti ada
buat apa mahu hampa lama lama

mari berusaha
untuk esok – moga momen itu lebih sempurna

Lambakan Porn

“aku hanya rakyat biasa yang ada hak untuk berkata
walau aku ini ilmunya bukan bertimba-timba
tapi ini apa yang aku lihat dan rasa
ini entry yang bukan untuk jadi modal untuk di-google” – aku

kau pernah lihat porn?

ada tiga jawapan
satu: pernah
dua: belum pernah
tiga: porn itu apa

tiga;
porn,
sebuah cerita yang mencari untung semata-mata,
sebuah cerita yang target penontonnya random semata-mata,
sebuah cerita yang jalan cerita ringan tapi tinggi permintaan,
sebuah cerita yang akhirnya boleh dibaca dan difantasikan,
sebuah cerita yang tak mengembangkan pemikiran,
sebuah cerita yang kau suka tapi tiada apa yang nak dibanggakan,

yang beza antara cerita dan cerita adalah pelakonnya,
yang lain adalah sama,
dan cerita ini bersepah dengan erti lain melambak.

dua;
kau mahu,
tiada yang paksa,
jika kau cari kepuasan dunia,
diakhir cerita pasti kau akan menyesal,
jika bukan diakhir,
penyesalan itu pasti ada,

satu;
penyesalan?
jika kau ada ilmu mungkin.
jika kau rasa itu keseronokan,
aku tanya sampai bila?

jika aku ganti perkataan ‘porn’ itu dengan ‘movie melayu’
bagi aku beza ketara itu tiada,

yang beza cuma objektif major mereka bawa,
‘movie melayu’ – cinta
‘porn’ – inzal

***

apakah ini saja tahap yang ujungnya Melayu
walau kau kaut ringgit berjuta
apa yang kau tinggalkan dalam kepala pelihat cerita?
apakah ada masej berguna untuk semua?

ataupun ia sekadar jajan tanpa zat

aku rakyat biasa yang perlu diganja filem bangsa diri
biar ia idea kecil
paling tidak buatlah aku berfikir dan celik
dan bukan fiksi bodoh semata

bantulah anak bangsa
jangan disogok cerita ‘porn‘ yang dialih bahasa