ini bukan Klise yang biasa-biasa ii

sampai bila-bila manusia tak boleh menilai manusia
manusia hanya boleh menunjuk arah pada manusia lain
tidak mampu memberi nasib baik atau buruk pada manusia lain
tidak mampu kerana kuasa manusia berbatas dan bukan total
sampai bila-bila

manusia,
memang tak boleh nilai harga manusia itu secara menyeluruh

yang sepatutnya kita;

marah,
keji,
hina,
tegur,
adalah perbuatannya
bukan kerana dia adalah dia, danpuji,
sanjung,
sembang kan,
adalah perbuatannya
bukan kerana dia adalah dia

kerana dia juga manusia seperti kita
yang dicipta tidak terpisah dari kesilapan dan kejahatan
mana tahu diakhirnya nanti dia lagi mulia dari kita..
dan doa pada tuhan agar ditunjukan jalan yang lurus dan kekuatan diatasnya
kerana kita manusia biasa
yang perlu Dia sentiasa

‘menilai itu hanya untuk perbuatannya bukan kerana dia semata’

kerana kini klise itu sudah luntur maknanya
selagi ALLAH itu diEsakan
selagi MUHAMMAD dijadikan rujukan

annie ix – i

tengahari
tiada siulan burung
tiada awan mendung
suatu hari yang seakan berkabung

sesusuk kecil berbalut liput kepala
belari payah mendaki timbunan batu
mencari sesuatu – berharga mungkin
dari usahanya dia seakan kental

tergelincir seketika
dek permukaan yang kurang rata
dan sepatu lusuh kelabu yang bejahit kasar tepinya
licin…
tinggi…
berhabuk…
itu yang diharung,

sebuah bagasi dipikul dibahunya
setiap kali gelincir tangannya pantas meraba belakang
memastikan bagasinya tidak apa-apa
berat gendongannya itu,
sekali sekala langkahnya berhenti menyusun nafas semula

dan ketika itu dalam kepalanya kosong
tapi bersepah, dalam lindungan bayang kegelapan
sebuah kekosongan yang menyerabutkan

tiba di puncak

telinganya dihentak,
bagasinya tercampak
tubuhnya melayang melawan graviti

jasadnya rebah, rohnya pejam,
adakah ini namanya
mati?

ini bukan Klise yang biasa-biasa

pemikiran manusia berlapis-lapis,
belum tentu,
dia cakap — aku faham
aku cakap — dia faham
“its complicated” ini terjemahan bahasa omputih,
kau dan aku tiada faham yang sama — sampai mati
kerana hidup ini abstrak tuhan yang sempuna,

indah,
kerana tuhan itu cipta sesuatu tanpa cela,
cerca,
pada siapa yang buta,
yang gelap qalbu jasadnya,

dan ujian dunia berbeza ujian manusia,
soalan tuhan bukan manusia penyemaknya,
dan tiada gred yang zahir,
dan manusia tidak dapat menilai manusia guna akal mereka,
kerena meraka duduki kertas periksa yang berbeza,
dengan soalan yang berbeza,
dengan durasi yang berbeza,

sampai bila-bila…
manusia tidak layak menilai manusia,

tak mustahil kau tak faham segala dari bicara aku,
tak mustahil kau tak gelak segala jenaka dari aku,
tak mustahil kau tak hadam apa nasihat aku,
dan tak mustahil kau kata aku manusia lahir tanpa guna,

dan ingatlah,
selagi boleh dihadam otak,
telanlah bicara orang,
moga terlekat zat,
bawa bahagia pada jasad dan ruh,
sebelum keluar dari tubuh,

kerana apa aku hadap dan hadam,
dan apa kau hadap dan hadam,
benda yang beza,
walau zahirnya sama,
tapi perasaan kita beza,
tapi jasad kita beza,
tapi ruh kita beza,

kita tidak sama…
selagi kau bukan aku,
kita tak akan sama.

sampai bila-bila…

Jaka, Cinta, dan Laut (i)

Disuatu kampung didaerah nelayan, merana seorang Jaka dek tangkapan hariannya bagai tiada apa. Bukan semalam sahaja rezekinya bagai ditahan tapi sudah berbulan. Berbaring dia diatas pasir pantai dan dihatinya menunggu sesuatu dari laut. Jaka bukan nelayan tapi seorang pemetik kelapa yang berkumis nipis dan berambut didada. Serabut kepalanya ditambah desakan bonda nya yang mahu Jaka beristeri cantik kerana padanya Jaka sudah tua. Tapi semalam, hidup Jaka seperti disimbah gembira yang berperisa, senyum bagai satu topeng yang disarung kemukanya sejak semalam.

2 tahun lalu dikampung ini hadir satu rombongan kapal dari sebuah pulau yang masih belum dapeta. Maka berduyun-duyunlah rakyat kampung melihat tibanya rombongan kapal yang entah mana asalnya. Dari atas kapal seorang gadis kecil, mukanya dibalut selendang hanya kelihatan matanya kebiru hitaman. Jaka senyum padanya. Awan kelabu jadi pelindung jaka dari terkena sinaran matahari, Jaka memperhalusi langkah gadis dari atas kapal tanpa silau.  Jaka melihat gadis tanpa gagal.

Gadis menuruni tangga kapal untuk kedarat, bayu darat yang meniup sekali sekala menerbangkan rambut hitam gadis dari laut itu. Langkahnya gadis tiba-tiba tersilap dan ditakdirkan dia hilang seimbang, dan disaat itu Jaka direzekikan melihat betis gadis itu, hanya betis sahaja dan Jaka dilamar angau gadis misteri yang hanya Jaka lihat betisnya, dan selepas itu gadis hilang dari pandangan mata.

Jaka meronta mahu lihat gadis dengan dekat, tapi Jaka lemas dalam ramai manusia yang jakun melihat manusia asing.

Hampa melamar Jaka…..

panjang nyawa aku sambung…
isyaallah

Seorang cinta yang Hilang (i)

[sek. rendah]

tulisan kau buruk dan comot;
tulisan Naidu kecik-beso kecikbeso,
tulisan Amy kecik nak mampus,
tulisan dia lawa,cantik dan kemas.

semua tulisan susah nak baca, kecuali dia.

cikgu kata tulisan jangan macam tulisan doktor?
kenapa?
Ok la jadi doktor, — masih tak faham kenapa.

[sek. menengah]

sekolah menengah mula guna pen, dulu igt tulis pakai pen tulisan akan nampak lawa, cantik dan kemas, tapi semua itu tahyul. ditambah dgn dakwat pecah makin hodoh la atas kertas itu,

tulisan masih hodoh,
tulis sambung-sambung baru nampak bijak dari jauh,
tulisan Naidu banyak berubah makin mudah dibaca, tapi still semak.
tulisan Amy, setelah dimaki tulisan jadi gemuk sedikit, — berairmata kena maki
tulisan dia, fuhh lawanya, kalau boleh batu nesan aku nak bertulisan dia,

[sudah tamat sekolah]

tulisan aku still sama, memang susah nak ubah,
jumpa bomoh pon tak dapat nak cantik kan tulisan aku,
tulisan Naidu, banyak berubah — dengan hurufnya ubah (seperti simbol)
tulisan Amy, dia sudah jarang menulis kata, sekarang dia dewa nombor pula,
tulisan dia, aku dah tak lihat dah, dia hilang, aku rindu pada tulisan lawa dia, dia hilang membawa seni tulisan dia bersama,

dia dimana?

semua orang anta assgnmt sama tulisan, [cetakan komputer]
bezanya cuma susunan huruf, yang cuba sampai makna.

tapi dia hilang?
dulu dia selalu bersama aku, tapi dia hilang sekarang, aku rindu pada tulisan dia, menyesal aku tak meniru tulisan nya dulu,
aku soal Naidu dan Amy ada tak simpan no fon dia tapi mereka geleng.
sumpah aku menyesal tak dapat tatap tulisan cantik dia,

mana dia?
mungkin ini yang orang kata cinta,
sudah tamat sekolah baru aku sedar aku tertawan dengan dia.
Gila……

aku mahu cari dia,
kata orang dia pernah di-Kelantan,
di-Terengganu pun ada orang kata pernah nampak dia,

TUHAN,
temukan aku kembali dengan dia… [ini doa aku]

panjang nyawa aku sambung…
isyaallah