SURAT UNTUK ANA

Ana,

Sebenarnya aku tujukan tulisan ini untuk kau Ana, mungkin aku tak kenal kau dengan rapat dan seringkali kata-kata kau aku tak faham, kau seringkali berngadah dan berteori tapi kau tak ada paksi, mungkin pada aku ilmu kau itu tinggi sedikit berbanding aku, tapi Ana jika kau nak masyarakat hadam apa yang engkau sampaikan kau kena kebawah dan paham apa yang mereka paham dan belajar mengenali mereka, dan kau perlu tahu yang mahu memahami itu siapa.

Ana ada yang mengatakan kau ni tak pandai bercakap, dan percakapan engkau susah untuk difahami, dan mungkin kerana kau ada masalah yang kau sendiri dan kau sendiri pun tak tahu macam mana mahu hadapi, tapi cubalah perlahan-lahan, jika kau tak mampu bercakap, kau bisik sahaja ke telinga-telinga yang mahu dengar teori kau tu. Sebab kau tak mampu paksa mereka faham dan kau tak akan mampu paksa mereka berfikir apa yang cuba kau sampaikan. Kerana hakikat manusia yang memang malas mahu berfikir kecuali orang yang mempunyai akal yang sihat.

Ana kau igatkan aku pada satu sahabat aku yang bukan sahabat tapi macam sahabat, kerana aku tahu dia adalah sahabat aku tetapi aku tidak kenal dia sebagai sahabat aku, kerana banyak manusia itu dalam pura-pura, dan kau sendiri pun banyak berpura-pura. Aku nak menasihatkan kau agar jangan pura-pura itu nanti jadi keris bogel dan jadi alat untuk kelar leher kau. Kerana sesuatu yang indah itu bukan sentiasa perlu dicerminkan. Ana keluar dari kotak dan belajarlah menjauhi klise, kerana bahagia itu tak sempurna tanpa derita.

Selagi kau tak mati kau perlu buat apa benda yang kau hajati, dan jika kau tak mampu kau mintak pada ilahi, apa sahaja yang kau lintaskan dalam benak kau kau zahirkan, memang Allah itu Maha Mendengar tapi ini untuk diri kau sendiri kerana kau ni jenis manusia ini mudah lupa dan cepat malas dan susah mahu berusaha. Aku kenal kau dah lama dan aku tahu cara kau berfikir.

yang benar,
AKU