tiada apa yang dapat aku kata – mereka tua?

#suzuki-cup

harimau malaya vs todak temasik
selama empat puluh lima minit
mereka letih
pandai mereka terhijab
cerdik mereka dulu tersorok – mungkin di’pawang’kan temasik
ini aku tulis sesudah separuh nyawa masa

aku
sudah pasti mahu
harimau membaham todak
namun mereka tertikam pedang di muncung todak

‘secara terbuka’
Raja Gopal perlu turun
sedangkan;
Frank Rijkard
Pep. Guardiola
dan ramai lagi faham akan ‘kemampuan’ sendiri
adakah ‘dia’ ini dewa langit yang diseru menyandang jawatan ‘pemacu’ harimau
kebanyakan tahu mereka perlu turun setelah kecewa peminat itu timbul
kerana ini bukan permainan sukan semata
ini perniagaan juta-juta…
ini libat perasaan
ini libat maruah sesetengah
kerana bukan semua penyokong malaya
peminat ‘Liverpool’ yang kebal asa kecewa
kerana mereka itu manusia klise kebanyakannya
yang mahu menang sentiasa – kalah sekali sekala mungkin ‘tak apa’

*separuh nyawa kemudian – bawah*

lemau
mungkin?
sudah lama disitu –
mentera gopal sudah tawar
perlu ada pawang yang baru

positif nya
ini baru game pertama
ada sinar dibalik semua ini
mungkin kerana ada yang menabik dada

resmi filem bollywood
“hero kan kalah dulu” – harap tertempias kewajah Harimau Malaya
moga skrip lama (2010) diulang encik gopal
masa mula muda harimau dibelasah garuda (1-5)
tapi diakhir momen harimau juara

harimau terlalu berlari buta
semangat kuat tapi akal tiada – aku kata
bukan tiada semangat kekitaan
tapi rasa mual timbul – ehh aku bukan ke stadium pun…
tapi aku ‘still’ termual

penyerang kita – taraf antarabangsa
pemain kita – semua pada aku hebat dan layak menyarung seragam negara
tapi atas mereka – adakah hanya sekadar jelmaan kera

rasa mahu carut kuat-kuat
tapi nak carut kepada siapa?
kerana tiap kali aku bersemangat menyokong pasti hampa (0-3) – kenapa?

dan ehh….
tapi esok kan pasti ada
buat apa mahu hampa lama lama

mari berusaha
untuk esok – moga momen itu lebih sempurna

Advertisements

tidak diam kerana semata

“serangan darat menguatkan HAMAS” – B.Obama¬†[new yorks times]

isreal disisip senjata berteknologi
jika serbu membuta mereka kuatir mereka kalah
kalau kalah – senjata mereka dikutip
gusar sejata itu membunuh tuan asal
mereka takut yang amat takut
‘kuatir dan gusar’ itu senjata Mujahideen disana
senjata halimunan yang berbisa

tentera israel hanya ‘gah’ pada sarung
tapi dalam najis berulat sebar penyakit
tiada yakin – itu penyakit israel
dan ini kelebihan Mujahideen
dan berteraskan akidah semata kerana Allah

Allah pasti bantu mereka (Mujahideen)
Doa aku;
‘agar tuhan tanam rasa takut dan gelisah yang teramat pada tentera israel’

Semerbak Semangat Remaja

siap siaga untuk bertempur
disana kita membawa teman
saat tewas itu berbunga manis
dan tewas itu diadakan sengaja
di seberang sedang mendabik dada
begenang mata simpati pada bodoh disana

Tanya pada jiwa,
Berapa rendah harga diri?
Betapa tinggi bodoh sendiri?

kegelapan membutakan mata,
yang nampak hitam itu tak bahaya,
disini aku berdiri,
dan kau tikam aku mati,
bodoh dikepala berjangkit dijiwa,
disini aku berdiri,
dan kau tikam aku mati,

kerana hitam dan putih,
kerana putih dan putih,
kerana warna itu bermerah yang sama,
lalu aku terhanyut disanggah mereka,

Aku jahil pada hidup aku yang berotak,
Rahmat tuhan itu aku rasa,
kerana bodoh diri tak hanyutkan aku,
Aku dan kamu untuk hamba padaNya,
dan moga kita bertuanNya sehingga dikambus mereka,

Tanya pada jiwa,
Berapa rendah harga diri?
Betapa tinggi bodoh sendiri?

Bodoh diri buat aku lupa,
apa pentingnya aku dapat merasa,
Hadirnnya dalam payah,
dan mencarinya juga susah,
tetapi bodoh ini mentuli mata,
buat jiwa hina ditopengkan raja,

Tanya pada jiwa,
Berapa rendah harga diri?
Betapa tinggi bodoh sendiri?

jangan diri diselimut dusta,
yang ditiup dingin bodoh dunia,

~nirvana: SMELLS LIKE TEEN SPIRIT

Sungai Merdeka

kau pekik kau jerit,
kau takjub dengan langit yang kau simbah api,
dengan fahaman makna kau bebas,
kau laung semahu-mahu seperti kau raksaksa kebal,
tapi pernah kau rasa perit yang betul-betul pahit,
aku tanya tepat pada kau,
cuba kau jawab!

disitu kau berdiri tegak kau himpun segala kerabat handai,
kau gah berdiri tanpa erti yang padat berkomposisi,
gagah melaung kudrat yang kau tak pernah buat,
kau memang raksaksa keparat,

waktu tanggung jawab kau perlu sesuatu,
kau rasa ia beban yang kau tak mahu,
kau ludah mereka dengan laju,
kau hasut mereka bercerai dari satu,
kau pecah meraka hancur berderai,
kau robek sehabis mahu berbarai,

tapi kau utuh disana,
aku terbaring di sini ada kau peduli?

kau helang yang tak pernah jatuh,
kau acid pekat yang membunuh,
kau tenaga yang ditukar bentuk jadi perusuh,
kau barah jiwa yang sukar sembuh,

kau tak sedar kau hanya patung bertali,
yang hidup tak ubah seperti ternakan bengali,
hahaaha kau marah orang kata kau babi,
kau meluap benci sekitar yang busuk dengan dengki,
tapi kau tak kisah asal kau rasa apa itu bahagia jadi engkau,

jangan kau benci pada satu yang akan buat kau rasa mati,
kerana apa yag kau kecapi ini hanya fatamorgana dari ilahi,
yang serupa saperti nikmat di alam mimpi,
yang hilang bersama celik mata disimbah mentari,

fizikal berubah itu waktu pangkinnya,
perubah jiwa?
apa makanannya?
berapa lama rasa kau sudah merdeka?
kau bangga?
bermindakan neolitik itu kau suka,

tatkala sungai itu mengalir,
kau tak pedulikan ia,
kau biarkan ia,
kau persetankan ia,
kau angkuh dek banyaknya harta yang kau rasa,
kau gila akan dunia,
nanti satu hari kontang sungai dibuatNya,
baru kau rasa nikmatnya itu tak terhingga,
dan aku tanya kau siapa?

kau itu sebenarnya aku.

sungai mengalir itu adalah Merdeka Kita rasa, dan apa erti merdeka jika kita hilang pedoman jiwa.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG Ke-55