M.A.H.A.T.H.I.R.

selepas lima kosong lima dua ribu tiga belas

Teori tanpa fakta dan hanya untuk suka-suka
dan bukan wahyu dari mimpi

Selepas gugurnya bulan bersama roket kebumi

teori R.A.H.M.A.N selesai dan
selepas ini teori M.A.H.A.T.H.I.R pula?
yang akan dimulakan
dengan Muhyiddin.

Advertisements

hari lima lima

Pekikan suara dari luar tingkap kamar yang suram, merimaskan otak yang kusut menapis segala yang diterima telinga dan mata sepanjang hari. Menekup kepala dengan bantal bersarung hijau lusuh tanda rebel dalam jiwa, ligat memikirkan kesopanan dan kesusilaan dalam menjaga adab ketimuran pada manusia-manusia yang lebih berusia dan berkongsi darah yang sama. Mereka menang perang yang pada mereka perjuangan suci menentang anasir Yahudi dan menegakkan  pembela yang pada mereka dia itu segalanya. Dihadapan satu dimensi tak terlangkah yang didoktorin untuk menyemai benih celaka pada minda-minda tak berfiltter.

Dan hari ini,

Tidur sebuah malam dengan minda memikir apa yang berlaku bengan bersulamkan kecewa, sambil bibir melayang dengan mengalun surat 112 dengan linangan air mata. Sebelum mata pejam sementara.

sejarah permulaan tulisan

tulisan
bergerak guna cahaya untuk sampai ke mata
sebelum dikisar halus oleh otak manusia
awalnya
ada yang didinding gua
ada yang diatas kertas berwarna
dan ada yang dicacah ke tubuh sasa
semua ini bertinta
cuba memberitahu sesuatu tanpa perlu peka telinga

aku
mencoret kata diatas kek cinta
untuk dia
demi kerana-Nya

TUHAN
permudahkan urusan aku dan dia
dan kumpulkan aku dan dia itu satu
bahagia
nyata

disini dan disana

ameen
:  )

SURAT UNTUK ANA

Ana,

Sebenarnya aku tujukan tulisan ini untuk kau Ana, mungkin aku tak kenal kau dengan rapat dan seringkali kata-kata kau aku tak faham, kau seringkali berngadah dan berteori tapi kau tak ada paksi, mungkin pada aku ilmu kau itu tinggi sedikit berbanding aku, tapi Ana jika kau nak masyarakat hadam apa yang engkau sampaikan kau kena kebawah dan paham apa yang mereka paham dan belajar mengenali mereka, dan kau perlu tahu yang mahu memahami itu siapa.

Ana ada yang mengatakan kau ni tak pandai bercakap, dan percakapan engkau susah untuk difahami, dan mungkin kerana kau ada masalah yang kau sendiri dan kau sendiri pun tak tahu macam mana mahu hadapi, tapi cubalah perlahan-lahan, jika kau tak mampu bercakap, kau bisik sahaja ke telinga-telinga yang mahu dengar teori kau tu. Sebab kau tak mampu paksa mereka faham dan kau tak akan mampu paksa mereka berfikir apa yang cuba kau sampaikan. Kerana hakikat manusia yang memang malas mahu berfikir kecuali orang yang mempunyai akal yang sihat.

Ana kau igatkan aku pada satu sahabat aku yang bukan sahabat tapi macam sahabat, kerana aku tahu dia adalah sahabat aku tetapi aku tidak kenal dia sebagai sahabat aku, kerana banyak manusia itu dalam pura-pura, dan kau sendiri pun banyak berpura-pura. Aku nak menasihatkan kau agar jangan pura-pura itu nanti jadi keris bogel dan jadi alat untuk kelar leher kau. Kerana sesuatu yang indah itu bukan sentiasa perlu dicerminkan. Ana keluar dari kotak dan belajarlah menjauhi klise, kerana bahagia itu tak sempurna tanpa derita.

Selagi kau tak mati kau perlu buat apa benda yang kau hajati, dan jika kau tak mampu kau mintak pada ilahi, apa sahaja yang kau lintaskan dalam benak kau kau zahirkan, memang Allah itu Maha Mendengar tapi ini untuk diri kau sendiri kerana kau ni jenis manusia ini mudah lupa dan cepat malas dan susah mahu berusaha. Aku kenal kau dah lama dan aku tahu cara kau berfikir.

yang benar,
AKU