things that must not be forgotten

When do you think people die?
When they are shot through the heart by the bullet of a pistol? No!!
When they are ravaged by an incurable disease? No!!
When they drink a soup made from a poisonous mushroom!? No!!
It’s when…they are forgotten.

What ?

-luklukop

Advertisements

hari lima lima

Pekikan suara dari luar tingkap kamar yang suram, merimaskan otak yang kusut menapis segala yang diterima telinga dan mata sepanjang hari. Menekup kepala dengan bantal bersarung hijau lusuh tanda rebel dalam jiwa, ligat memikirkan kesopanan dan kesusilaan dalam menjaga adab ketimuran pada manusia-manusia yang lebih berusia dan berkongsi darah yang sama. Mereka menang perang yang pada mereka perjuangan suci menentang anasir Yahudi dan menegakkan  pembela yang pada mereka dia itu segalanya. Dihadapan satu dimensi tak terlangkah yang didoktorin untuk menyemai benih celaka pada minda-minda tak berfiltter.

Dan hari ini,

Tidur sebuah malam dengan minda memikir apa yang berlaku bengan bersulamkan kecewa, sambil bibir melayang dengan mengalun surat 112 dengan linangan air mata. Sebelum mata pejam sementara.

komrad saudara yang berhijrah

ceritera sebuah mulutan orang yang tiada pasti
tapi kenyataan pahit itu terang sipi-sipi

pergi seorang suami yang kau anggap sudah lama mati
kau persetankan masyarakat keliling yang mengatakan kau itu mulia sekali
kau canangkan yang kau penat buat itu dan ini
mungkin pengetahuan belum sampai ke engkau lagi

kak… ini dunia mimpi je, bukan sebenar rialiti,
kelak esok baru kau nampak betapa besar celaka kerana aksi ini,

dan aku menulis ini pon tiada sandaran jitu
yang dapat tahan aku dari jatuh,
kerana ini mulutan orang dan apa yang aku nampak sipi-sipi

moga kau dan suami bersatu disana nanti
dengan bekal yang kita tanam sendiri,

aku doakan kau selamat berpindah

moga kau tenang disana

.

.

AL-FATIHAH
1956-2013

kunci ke taman larangan

boleh riang dengan noda – ┬áselagi tanpa oksigen
kerana nanti disebabkan noda itu oksigen itu menyala
kelak lecur tubuh yang beri perisa merana tanpa hingga

bila kau bercerai oksigen kau boleh gembira bersama noda
kau carilah ruang tanpa oksigen
tanpa
tanpa
tanpa
ini kunci ke taman larangan – yang aku jumpa

kerana setiap manusia pasti ke-neraka
dunia ini taman untuk mencari
mentera yang memadam api disana

kerana mentera itu jika dicari
pasti akan jumpa

Teratak Jasbir

disitu aku dibisik
melalui dari kerana seutas tali nan merah

bisik itu kata sesuatu
yang mungkin aku perlu,

cuba aku hadam – kerana aku ada limitasi terjangkau

“syurga itu dicipta untuk makhluk beriman
neraka itu mesin peluntur dosa makhluk lepas di-neraca-kan
dan dunia ini diadakan tanda Dia Ar-Rahman”

kerana yang sebenar cahaya itu, dunia tak terlihat
yang tersurat itu kau nikmat sebab deria yang-lima
kerana yang tersirat itu tembus, selagi kau manusia
‘berderia lima semata’

seketika TAMMAT

ini bukan Klise yang biasa-biasa ii

sampai bila-bila manusia tak boleh menilai manusia
manusia hanya boleh menunjuk arah pada manusia lain
tidak mampu memberi nasib baik atau buruk pada manusia lain
tidak mampu kerana kuasa manusia berbatas dan bukan total
sampai bila-bila

manusia,
memang tak boleh nilai harga manusia itu secara menyeluruh

yang sepatutnya kita;

marah,
keji,
hina,
tegur,
adalah perbuatannya
bukan kerana dia adalah dia, danpuji,
sanjung,
sembang kan,
adalah perbuatannya
bukan kerana dia adalah dia

kerana dia juga manusia seperti kita
yang dicipta tidak terpisah dari kesilapan dan kejahatan
mana tahu diakhirnya nanti dia lagi mulia dari kita..
dan doa pada tuhan agar ditunjukan jalan yang lurus dan kekuatan diatasnya
kerana kita manusia biasa
yang perlu Dia sentiasa

‘menilai itu hanya untuk perbuatannya bukan kerana dia semata’

kerana kini klise itu sudah luntur maknanya
selagi ALLAH itu diEsakan
selagi MUHAMMAD dijadikan rujukan