komrad saudara yang berhijrah

ceritera sebuah mulutan orang yang tiada pasti
tapi kenyataan pahit itu terang sipi-sipi

pergi seorang suami yang kau anggap sudah lama mati
kau persetankan masyarakat keliling yang mengatakan kau itu mulia sekali
kau canangkan yang kau penat buat itu dan ini
mungkin pengetahuan belum sampai ke engkau lagi

kak… ini dunia mimpi je, bukan sebenar rialiti,
kelak esok baru kau nampak betapa besar celaka kerana aksi ini,

dan aku menulis ini pon tiada sandaran jitu
yang dapat tahan aku dari jatuh,
kerana ini mulutan orang dan apa yang aku nampak sipi-sipi

moga kau dan suami bersatu disana nanti
dengan bekal yang kita tanam sendiri,

aku doakan kau selamat berpindah

moga kau tenang disana

.

.

AL-FATIHAH
1956-2013

Advertisements

kubur tanpa nisan si-Jentayu Hitam

jarang aku tulis kisah cinta hitam aku
tapi memori aku bersama dia indah

saat aku penat dan perlu
dia kadang-kadang ada

memandang awan bersama
menghirup udara dunia dengan ceria
berkisah lucu seram kadangkala
cinta itu ada sentiasa

dalam hujan dalam panas
dalam kelambatan dalam kepantasan
selalu berdua

walau sejauh mana rentas banjaran
hanya aku dan dia
tanpa hadir sesiapa
dia tak pernah mengeluh
dia tak pernah letih aku sangka

geseran dengan dunia menyebabkan dia susut
adakala lelah seakan disantau angin
adakala kendur ligamen kuasa
ini memori aku bersama dia

setahun kami bersama
tapi ini hanya Dunia
tiada yang kekal selama
wajah dia terkimpal dalam kepala

sentiasa….
tak akan aku lupa

harap aku, moga kau dan dia bahagia
dan kau gembira dijaga dia

Aku Hanya Jentayu
9374

Labyrinth

hidup
penat – hadap rialiti
mati

ditengah-tengah aku
mencari sinonim bahagia
tapi ertinya berhabuk
aku lemas sekali lagi

aku menapak
mula dari tengah
cuba
cari jalan keluar
menuju cahaya

sebelum terkambus dalam selirat dunia
aku perlu sepasang sayap
untung apung jasad tinggi
bukti hipotesis aku bukan sekadar mimpi
berdiri atas satu paksi
yang bukan sapara realiti

*aku – ada sebab untuk senyum*

Pantulan sebuah Jasad

disatu tempat,
ada pari-pari,
kecil tubuh,
ada sepasang sayap comel dibelakang,

isi hatinya penuh,
bersepah,
sebu,
dengan sebuah RIAK yang kelabu,

dia rasa dia makhluk yang terindah,
tercantik,
makhluk lain hina semuanya,
dicercanya semua,
disalahkannya semua,
semua salah tanpa dia,

satu pagi,
bangun mahu gosok gigi,
dalam pantulan cermin,

yang terlihat,
hanya…

seekor BABI.

Edit lepas Capture

Dear Diary,

#itikbetol,
Pakai twitter pon boleh dapat dosa kering,
Jari ni laju je klik ke muka-muka gadis berfoto mengetah,
Lalu aku kaji,

Tips untuk nampak Hot dalam dunia atas talian ni.
satu;
jangan tangkap full-body pic nanti orang tahu saiz n jasad sebenar kau.
dua;
amik gambar biar penuh screen.Jangan bagi nampak jerawat
tiga;
buat muka bitches…mesti viewer akan tergoda punya.
empat;
edit lepas capture, pakai apa apa pon..

Aku buka pekung didada sekarang ini..

bukan kerana mereka dorong aku,
tapi aku kalah dengan napsu,
rasa ingin tahu akan mereka,

dah berjuta agaknya aku tewas dengan mereka.

kenapa?

regards,
TUAH Jedi Melayu

***

nota kaki: #itikbetol sama [fu*k/demnn/lan**u/kemencarutan yg setimpal]