Sebuah sesuatu yang tersedia

ketentuan
pergerakan segala dikawal kuasa langit

segala baik dan buruk itu datang dari Allah,
segala sudah tertulis,

perlu usaha –
kerana kita diberi akal
kerana kita hamba
kerana kita perlu mencari – jumpa itu ketentuan
kerana mencari itu indah – dan bukan terlalu lebih
dan mencari itu adalah sebab untuk – berlaku
dan segala itu sudah ditentukan

segala ada jalan menuju apa ‘nawaitu’ –
jalan tuju syurga
jalan yang benar

masa,
itu makhluk
dan dari lahir kita sudah bersama dia
umur – berapa lama kita bersama dia?
sampai satu ketika dia pasti akan ceraikan kita
tiada mustahil
ajal – ungkapan talak bagi masa
mati – selepas dicerai masa dengan ajal, mati datang melamar

syariat – luaran
lapar;
carilah makanan
keluarga ditindas;
bangun membela walau perlu berperang

kalkulator hidup semalam

semalam lihat aku kabur,
aku pergi buat pemeriksaan mata
doktor aku kata kanta mata aku hilang daya fungsi,

hari ini aku nampak terang,
ini congak bodoh aku,
sepuluh tahun aku dalam kabur  *mungkin aku pun sudah lemas dalam kira*

sekarang sesudah terang aku nampak segala jelas – mungkin
sepuluh kali tiga ratus enam puluh lima
kali lima,

berapa?
18,250

takut lihat nombor,
itu sebelum kali tujuh belas,

kalau sudah?
310,250 – tiga ratus sepuluh ribu dua ratus lima puluh sahaja.

mampukah aku bayar?
tuhan bantu aku.

dia RAma-rama

rama-rama aku tahu kau hidup tak lama,
hayat kau kejap tapi jasadmu beri pesona,

betol kata orang laksana,
yang indah sekejap sahaja,

bagaimana jika ingin lama?

jangan kau tanya,
aku pon hilang cari jawapannya,
wujudnya sentiasa ada.
seperti rembesan lampu suria,
yang mandikan siang dengan cahaya
dan malam kelam tanpa hadirnya,
tapi bayang dipantul dek bulan angkasa,
yang pastinya dia sentiasa ada,

rama-rama,
aku curi kau dari orang yang berkata,