DUNIA INI AKAN SUNYI TANPA RAKSAKSA

Membentuk masyarakat perlu dengan menzahirkan seekor raksasa yang menjadi titik tumpu manusia untuk menyumbang tenaga, biar terseksa asal tenaga yang ada dicurah untuk membunuh raksaksa.

dan hero cerita pasti ada, igatlah peristiwa ini betul-betul ada

– peminat ULTRAMAN

Advertisements

memori cempaka dunia

2002

aku dulu dapat 8A time PMR
gembira tahap gampang yang tak terkira
dulu tak facebuk nak tayang result seorang Aku
kawan yang tak dapat 8A aku kutuk semahu-mahu
yang tak ada A memang lagi teruk la aku kutuk

hahaha 8A kot PMR aku
keluar je pagor sekolah aku nak jerit kuat-kuat
bagi semua orang tahu yang aku ini pandai gila, yela PMR 8A kot
semuanya A…

keluar je pintu pagar
sebuah LORI Indah Water dari arah hadapan dengan laju merempuh aku
aku hanya diam tak ada suara nak menjerit

aku pun mati.
tak sempat nak guna khasiat 8A tue……

kenangan seorang pelajar tingkatan tiga,
Kadir Isnin

brodcast

gelombang – yang bawa gambar dan suara,
transmisi apa?

gelombang yang ingin bawa cahaya – mungkin
buat suluh pelbagai manusia,
kerana manusia ini malas makhluknya,
kerana aku juga manusia,

malas kerana rajin yang ini, malas yang itu,
dan manusia dan malas susah bercerai,

dan manusia zaman aku diajar Р untuk disuap bukan untuk mencari,
segalanya perlu disuap,
suap tahi rasa tahi,
suap gula rasa manis,
suap garam rasa masin,
dan dikumur semua dalam mulut sebati sebelum telan,

….esok
keluar berita kau sudah mati,
kesian….
mahu salahkan penyuap dia yang menelan,
jadi mahu tunding mana atas mati dia,

atas sebab atas,

aku agankan gelombang,
yang mudah tersebar tanpa piring,
yang hidang juadah ber’zat’ untuk manusia lapar,
tapi otak aku terhad,
dan aku MALAS…

gelombang yang cuba galas kebenaran,
yang harap bayaran – dari atas,

***

gelombang talivisi
sebar kebenaran tanpa bayaran dunia

gelombang sekarang tidak mengkonduksi
‘esok’

-mampu?-