Awak….

tolong sentiasa ingat kan aku,
yang hidup ini bukan abadi,

doakan aku
syukur jadi kasih bila senang,
doakan aku
sabar jadi teman sampai mati,

kerana aku,
manusia biasa,
yang menumpang dibumi,

Advertisements

Misi Melawan Graviti

jika esok masih ada
akan  ku cipta satu misi
bukan misi menyelamat
ini misi yang bunga
seindah cinta nobita sizuka

aku
mahu mencatu kalori,
harap nafsu tiada berahi tinggi.
mahu kapaskan kilo didiri,

esok….
please be nice to me

Jika Perang DUNIA ke-3 hidup

Perang…
siapa seru kamu?
siapa kamu mahu lagakan?
apa cita kamu?

Perang…
jika kau adalah yang ketiga,
paggil aku untuk kesana,
aku mahu keringat aku keluar kerana perang,

Perang…
jika kau sampai dibumi,
kau jadilah perang yang “gentleman”
perang yang betul-betul perang,
yang ada sekarang hanya perang pondan yang tiada etika,
yang jadikan kanak dan wanita mangsa,
sebagai tanda siapa yang kuat,
sebagai tanda siapa yang canggih,
sebagai tanda siapa yang hebat,
tapi pada hakikatnya siapa itu hanya hampas yang tidak bermakna,

Perang…
dari dulu kau memang zahirnya tidak adil,
dari dulu….
dari askar juta-juta lawan askar ribu-ribu,
dari senapang berteknogi baru lawan pemuda guna batu,
memang dari dulu….
tapi aku pasti DIA ada memerhati disitu,

Perang…
jika kau panggil aku,
kau tempatkan aku dipihak yang sujud sembah tuhan yang-satu,
jangan gelapkan aku dengan hiasan dunia,
jika meraka mahukan aku,

dan Perang…
aku tahu dalam kamu ada satu yang indah,
walau siang dan malam kau dimandikan darah,
bagi mereka tiada yang indah selain itu dalam perang,
keinginan untuk mendapat janji-Nya sebagai dadah,

Allah,
Siram kuat pada mereka,
Tapis takut dari mereka,

dan jika semua mati,
hadiah dari tuhan amat dinanti,
sebuah Firdaus yang kekal abadi.

Turki bangun dicuit Syiria
perinci

Waras tapi Gila

seekor kucing yang tua,
hidupnya diusir hina,
salahnya bukan apa,
cuma curi lauk diatas para,

di binatang tak ada bijaksana,
manusia?

sama la seperti binatang tapi lagi hina, celaka,
kalau boleh nak saja aku carutkan semua manusia waras tapi gila,

tolong la aku wahai manusia waras tapi gila,
pergi jauh, kau kambus bangkai kau bila kau mati nanti,
kalau kau aku tahu siapa-memang aku tikam otak kepala kau,

tapi tolonglah yang kau campak itu bukan cawan mahupon sudu,
itu jasad berisi ruh, – aku memang geram kat kamu celaka.

moga kau dibalas setimpal didunia  dan dicurah hidayah sebelum kekal disana.

***

bayi dicampak dari atas banggunan – mungkin dia manusia gila

tarik aku keBumi

marahkan aku,
gumpalkan aku sepadu-padu,
lontar aku ke awan,
dengan geram agar aku terbakar bila sampi matahari,

tapi igt aku mungkin akan jatuh kembali,
hentak muka kau, – tak sempat elak, mana tahu dgn itu kau mati,

(*pejam*)

terima kasih Graviti.