Manusia

dua manusia,
berjalan atas jalan sama,
tiada undur gerak bagi mereka,
kiri kanan dinding,
hanya depan arah mereka,

belakang makin menghimpit,
mereka perlu bergerak sekarang,
gerak supaya tidak ditelan belakang,

*manusia satu*
jasad lengkap tapi
kaki satu,
gerak laju mustahil baginya,

*manusia dua*
jasad lengkap tapi,
buta,
laju gerak tapi gelap,

AWAL CERITA,

mereka gerak bersama,
perlahan…
tapi bersama,
erat dalam ikatan pimpinan tangan,
tiada cerai,

manusia satu bersuara;
“belakang kita makin dekat, mana tau kita mati ditelan belakang, kita perlu cepat”
*manusia satu bergerak persis perlahan*
manusia dua jadi takut dengar kata manusia satu,
“kau jangan la perlahan, laju la sikit, kiri kanan kita sebagai petunjuk”
balas pantas dalam selimut takut,
“kita pasti tidak sesat, cuma jangan lambat”
manusia dua keluar cadangan.

TENGAH CERITA,

manusia dua hilang sabar,
tewas sabar dengan persis lambat mansia satu,
dilepaskan gengam tangan simanusia satu,

didepanya tangan ke dinding kiri dan kanan,
takut sesat kerana buta itu kekal dimatanya,
kakinya mula berlari,
laju……
tinggal manusia satu seorang dalam sebuah gerak lambat,

“aku pergi dulu, aku bosan hidup lambat bersama kau”
“biar aku dalam gelap, janji tidak ditelan belakang dek gerakan lembab kau itu”
“aku sampai hujung jalan nanti mana tau aku diteman manusia tiga”
“yang tak lambat macam kamu, itu hidup baru aku”

“selamat tinggal…manusia satu…”
“memori kita bersama, pasti kukenang sampai dunia aku terang semula”
*manusia dua mula berlari*

manusia satu terjengket-jengket mahu ritma gerak sama namun hampa,
manusia satu dilamar hampa dan kecewa,

kawan yang dulu sama geraknya sudah tiada menemaninya,

“Tuhan apa salah aku?….”
“kenapa sekarang dia tinggal kan aku?…”
“kenapa sekarang?”
“kenapa bukan dulu?…..”
manusia satu berbisik dalam qalbu.
*manusia satu terus berjengket kehadapan”

dia luluh kecewa……..

AKHIR CERITA

manusia dua tercium bau lembab,
mungkin laut dihadapan,
didepa tangan jauh-jauh takut hilang kiri dan kanan yang jadi petunjuk,
kerana jasadnya dalam gelap,
rasanya dia akan sampai ke hujung jalan,
dan jasadnya akan merdeka dari dibaham belakang,
*manusia dua makin laju*
*amat laju*
*amat laju*

manusia satu masih perlahan geraknya,
kelibat manusia dua masih hilang dari deria pandangnya,

*manusia satu terus melangkah*

perlahan tapi persis itu sahaja manusia satu mampu,
kawannya suda lama hilang….
“mungkin dia sudah kecap bahagia bersama manusia tiga yang wujudnya belum pasti”
manusia satu meneka hidup cara manusia dua,

*manusia satu dalam langkah jengketnya*

terhidu bau lembab,
bergermelap hati manusia satu yang jalan sempit yang dilalu itu semakin hujung
gembira…..
tiada lagi igauan belakang yang terasa datang menbaham.

*manusia satu jatuh terduduk*

deria lihatnya menghantar isyarat takut ke otak,
sekujur jasad melekat pada sebuah duri tajam dipenamat jalan,
berkecai jasad yang seakan-akan mendepa,
merah isi jasad bersepai merata-rata,
tengkorak bersembur otak,
daging bercerai tulang,
“ini manusia dua….”
manusia satu menyeka air mata…

(manusia satu tersedar kini kiri dan kanannya bukan lagi dinding)

sebuah pantai berpasir putih ditiup angin bayu yang shahdu,
bau hanyir manusia dua kadang kala menusuk hidung,
tapi matanya disajikan indah pantai yang pesona,

sedihnya hilang…..

SEKIAN

satu itu sabar
dua itu nafsu
belakang itu masa
jalan itu hidup

simpulnya engkau buat sendiri
baca sekali lagi

Advertisements

Pasti

esok,

pasti matahari timbul tenggelam lagi,

esok,

pasti langit jingga berubah hitam,

esok,

pasti oksigen ini tiada habisnya,

esok,

pasti langit pantul biru warna laut,

esok,

pasti merah juga darah manusia,

tapi esok,
tak pasti lagi aku dapat rasa,

aku pasti bercerai dunia,

jika bukan hari ini,
esok,
jika bukan esok,
lusa,
dan jika bukan lusa,
masa itu pasti tiba,
kerana kini,
saat aku masih belum abadi

aku pasti dilamar Izrael
pasti……

Terima Kasih atas apa yang ku rasa CINTA

Terima Kasih,

Kerana igatkan aku,
Jangan tinggal kan aku tanpa Mu,
Tiada hidup bagiku tanpa hadir cintaMu,
Aku bukan siapa tanpa diri Mu,

Dua Malam – [11-12/10/12]
Kau kejut aku bangun,
Merasa manis sebuah cinta,
Terasa sayang Mu aku terima,
aku terasa begitu,

Cinta,
Terima kasih beri aku peluang dan masa,
Untuk aku menghayati apa itu cinta,

Terima Kasih,

kerana beri peluang aku bercinta,
dan NYAWA.

Aku orang “Kuno”

mungkin aku ini masih belum urban,
dapat ikuti perkembangan “Moden” di dalam era touch-screen ini,
dalam era globalisasi ini mahupun dalam era sebuah Revolusi,
yang banyak perkara yang aku masih jakun,
yang banyak perkara yang aku akan ushar sampi teleng,
yang banyak perkara yang aku akan terbeliak mata sampi hilang,
yang banyak perkara yang aku pikir dia itu makhluk asing,

yang semua itu pelakunya melayu,
kerana aku ini lahir dalam jasad melayu,
tapi aku ini dilabel “Melayu Kuno”

mungkin aku orang “kuno”
yang jakun tengok melayu gadisnya laga lidah dengan lelaki,
yang jakun tengok melayu gadisnya berbokser pagi dirumah bujang lelaki,
yang jakun tengok melayu gadisnya menyedut asap herba dari botol,
yang jakun tengok melayu gadisnya pakai legging bontot tersembul,
yang jakun tengok melayu gadisnya yang tersengeh-sengeh dilaga kemaluan ditubuh,
yang jakun tengok melayu gadisnya bertindik dilidah,
yang jakun tengok melayu gadisnya merokok ditangga,
yang jakun tengok melayu gadisnya meneguk alkohol berbagai jenama,
yang jakun tengok melayu gadisnya tersembul daging didada,
ya! memang aku jakun pada semua,

Malu aku pada mereka kerana aku orang “Kuno”
Nanti ditegur ditanya siapa kita,
kita pun lutut terkeluar,
kita pun tiang lima entah kemana,
kita pun puasa hanya pada nama,
kita pun ke bulan dengan mereka mencari rare bersama,
dan kita pun tonton pornografi bersama mereka,

Jawab mereka nanti..
“kalau kau jadi kami, mesti kau pun buat macam nie”
“kalau kau ada kekasih nanti, mesti kau pun buat macam nie”

Jangan jaga tepi kain manusia lain –┬áItu mereka pegang,
Dan jika kain itu libas muka kau sendiri,
Kau larilah jauh dari mereka,
Mudahkan?

Lancau apaaaa!!!!

Kalau dosa kau bangga pergi suatu tempat yang tiada manusia,
Tolong jangan cipta sebuah persekitaran yang dindingnya dosa,
Aku juga seorang manusia,
yang memang tak buat pahala,
tapi jangan kamu sebab aku tambah dosa,
aku tak mahu kelak ditimpa bala,

Bukan aku tak mahu lari tapi aku juga manusia jelik yang biasa,
Yang mudah ternoda dengan bisik iblis ditelinga,
Aku bukan ustaz mahu pun Ulama,
Yang mungkin amalannya mampu jadi dinding dari dosa,
aku hanya manusia melayu biasa,

AKU rayu pada kamu manusia persekitaran aku……

Tolonglah….
dan Ya!!!! memang aku lelaki melayu yang “POYO” dan “KUNO”

Parodi Bangau oh Bangau

huruf gabung huruf – jadi kata,
kata gabung kata – jadi ayat,
ayat gabung ayat – jadi kisah pendek [kispen],
kispen gabung kispen – jadi cerita [cerpen],
cerpen gabung cerpen – jadi novel [kisah],
kisah gabung kisah – jadi cerita,
cerita gabung cerita – jadi kehidupan,
kehidupan gabung kehidupan – jadi dunia,
dunia gabung dunia – jadi alam,

alam tiada gabungan – ia sempurna tanpa cacat cela.

alam hanya dua iaitu fantasi atau realiti,
dan realiti itu berhijab kerana realiti itu dirancang-Nya,
yang Nyata dan Ghaib.

dan kini perjuangan adalah direaliti fasa pertama.