ini bukan Klise yang biasa-biasa ii

sampai bila-bila manusia tak boleh menilai manusia
manusia hanya boleh menunjuk arah pada manusia lain
tidak mampu memberi nasib baik atau buruk pada manusia lain
tidak mampu kerana kuasa manusia berbatas dan bukan total
sampai bila-bila

manusia,
memang tak boleh nilai harga manusia itu secara menyeluruh

yang sepatutnya kita;

marah,
keji,
hina,
tegur,
adalah perbuatannya
bukan kerana dia adalah dia, danpuji,
sanjung,
sembang kan,
adalah perbuatannya
bukan kerana dia adalah dia

kerana dia juga manusia seperti kita
yang dicipta tidak terpisah dari kesilapan dan kejahatan
mana tahu diakhirnya nanti dia lagi mulia dari kita..
dan doa pada tuhan agar ditunjukan jalan yang lurus dan kekuatan diatasnya
kerana kita manusia biasa
yang perlu Dia sentiasa

‘menilai itu hanya untuk perbuatannya bukan kerana dia semata’

kerana kini klise itu sudah luntur maknanya
selagi ALLAH itu diEsakan
selagi MUHAMMAD dijadikan rujukan

Advertisements

Lambakan Porn

“aku hanya rakyat biasa yang ada hak untuk berkata
walau aku ini ilmunya bukan bertimba-timba
tapi ini apa yang aku lihat dan rasa
ini entry yang bukan untuk jadi modal untuk di-google” – aku

kau pernah lihat porn?

ada tiga jawapan
satu: pernah
dua: belum pernah
tiga: porn itu apa

tiga;
porn,
sebuah cerita yang mencari untung semata-mata,
sebuah cerita yang target penontonnya random semata-mata,
sebuah cerita yang jalan cerita ringan tapi tinggi permintaan,
sebuah cerita yang akhirnya boleh dibaca dan difantasikan,
sebuah cerita yang tak mengembangkan pemikiran,
sebuah cerita yang kau suka tapi tiada apa yang nak dibanggakan,

yang beza antara cerita dan cerita adalah pelakonnya,
yang lain adalah sama,
dan cerita ini bersepah dengan erti lain melambak.

dua;
kau mahu,
tiada yang paksa,
jika kau cari kepuasan dunia,
diakhir cerita pasti kau akan menyesal,
jika bukan diakhir,
penyesalan itu pasti ada,

satu;
penyesalan?
jika kau ada ilmu mungkin.
jika kau rasa itu keseronokan,
aku tanya sampai bila?

jika aku ganti perkataan ‘porn’ itu dengan ‘movie melayu’
bagi aku beza ketara itu tiada,

yang beza cuma objektif major mereka bawa,
‘movie melayu’ – cinta
‘porn’ – inzal

***

apakah ini saja tahap yang ujungnya Melayu
walau kau kaut ringgit berjuta
apa yang kau tinggalkan dalam kepala pelihat cerita?
apakah ada masej berguna untuk semua?

ataupun ia sekadar jajan tanpa zat

aku rakyat biasa yang perlu diganja filem bangsa diri
biar ia idea kecil
paling tidak buatlah aku berfikir dan celik
dan bukan fiksi bodoh semata

bantulah anak bangsa
jangan disogok cerita ‘porn‘ yang dialih bahasa

Pantulan sebuah Jasad

disatu tempat,
ada pari-pari,
kecil tubuh,
ada sepasang sayap comel dibelakang,

isi hatinya penuh,
bersepah,
sebu,
dengan sebuah RIAK yang kelabu,

dia rasa dia makhluk yang terindah,
tercantik,
makhluk lain hina semuanya,
dicercanya semua,
disalahkannya semua,
semua salah tanpa dia,

satu pagi,
bangun mahu gosok gigi,
dalam pantulan cermin,

yang terlihat,
hanya…

seekor BABI.

ini bukan Klise yang biasa-biasa

pemikiran manusia berlapis-lapis,
belum tentu,
dia cakap — aku faham
aku cakap — dia faham
“its complicated” ini terjemahan bahasa omputih,
kau dan aku tiada faham yang sama — sampai mati
kerana hidup ini abstrak tuhan yang sempuna,

indah,
kerana tuhan itu cipta sesuatu tanpa cela,
cerca,
pada siapa yang buta,
yang gelap qalbu jasadnya,

dan ujian dunia berbeza ujian manusia,
soalan tuhan bukan manusia penyemaknya,
dan tiada gred yang zahir,
dan manusia tidak dapat menilai manusia guna akal mereka,
kerena meraka duduki kertas periksa yang berbeza,
dengan soalan yang berbeza,
dengan durasi yang berbeza,

sampai bila-bila…
manusia tidak layak menilai manusia,

tak mustahil kau tak faham segala dari bicara aku,
tak mustahil kau tak gelak segala jenaka dari aku,
tak mustahil kau tak hadam apa nasihat aku,
dan tak mustahil kau kata aku manusia lahir tanpa guna,

dan ingatlah,
selagi boleh dihadam otak,
telanlah bicara orang,
moga terlekat zat,
bawa bahagia pada jasad dan ruh,
sebelum keluar dari tubuh,

kerana apa aku hadap dan hadam,
dan apa kau hadap dan hadam,
benda yang beza,
walau zahirnya sama,
tapi perasaan kita beza,
tapi jasad kita beza,
tapi ruh kita beza,

kita tidak sama…
selagi kau bukan aku,
kita tak akan sama.

sampai bila-bila…