goodies bag

ini bukan
‘goodies bag’ yang
biasa-biasa

*gambar bunga*

***
ini
bungkusan kasih
berserta cinta

*gambar klise hati*

Advertisements

brodcast

gelombang – yang bawa gambar dan suara,
transmisi apa?

gelombang yang ingin bawa cahaya – mungkin
buat suluh pelbagai manusia,
kerana manusia ini malas makhluknya,
kerana aku juga manusia,

malas kerana rajin yang ini, malas yang itu,
dan manusia dan malas susah bercerai,

dan manusia zaman aku diajar Р untuk disuap bukan untuk mencari,
segalanya perlu disuap,
suap tahi rasa tahi,
suap gula rasa manis,
suap garam rasa masin,
dan dikumur semua dalam mulut sebati sebelum telan,

….esok
keluar berita kau sudah mati,
kesian….
mahu salahkan penyuap dia yang menelan,
jadi mahu tunding mana atas mati dia,

atas sebab atas,

aku agankan gelombang,
yang mudah tersebar tanpa piring,
yang hidang juadah ber’zat’ untuk manusia lapar,
tapi otak aku terhad,
dan aku MALAS…

gelombang yang cuba galas kebenaran,
yang harap bayaran – dari atas,

***

gelombang talivisi
sebar kebenaran tanpa bayaran dunia

gelombang sekarang tidak mengkonduksi
‘esok’

-mampu?-