memori cempaka dunia

2002

aku dulu dapat 8A time PMR
gembira tahap gampang yang tak terkira
dulu tak facebuk nak tayang result seorang Aku
kawan yang tak dapat 8A aku kutuk semahu-mahu
yang tak ada A memang lagi teruk la aku kutuk

hahaha 8A kot PMR aku
keluar je pagor sekolah aku nak jerit kuat-kuat
bagi semua orang tahu yang aku ini pandai gila, yela PMR 8A kot
semuanya A…

keluar je pintu pagar
sebuah LORI Indah Water dari arah hadapan dengan laju merempuh aku
aku hanya diam tak ada suara nak menjerit

aku pun mati.
tak sempat nak guna khasiat 8A tue……

kenangan seorang pelajar tingkatan tiga,
Kadir Isnin

tips mengorat gadis yang betol-betol kau mahu yang mampu buat kau gila bukan sekadar separa

jika kau;
hensem kau terhijab
jerawat kau itu umpama kawah di permukaan ‘bulan’
kau hanya pekerja ‘kilang air batu’
dan jawatan kau adalah ‘penjaga pili air’
kenderaan kau hanya ‘4-lejang yang cc nya kurang seratus’
kusyen ‘tak empuk mana – kadang2 perlu lapik kotak untuk selesa’
tapi kau mahu ‘MILA KUNIS’

gini caranya…

satu hari kau ikut dia sampai ke sebuah tempat awam
(klisenya kau akan stalker tahap dewa dia ni)
kau sapa dia secara perlahan,
dan jangan lupa memakai wangi-wangian (bukan sekadar febreze)
dan mulut tu jangan lupa kau sugi
dan kau kenalkan diri kau secara lemah lembut dan penuh confiden
dan katakan kau ni bukan jejaka yang biasa-biasa
dan katakan kau akan jaga dia sampai akhir nyawa
dan katakan dengan muka yang penuh yakin
dan selesai semua… hulurkan kuntuman bunga sebagai tanda

dan tunggu respon dia..

jika dia kata perlu masa
kau bagi dia berfikir seketika, dan hanya untuk seketika

jika dia kata kau tak layak untuk dia (dgn kata lain direject dengan sopan)
kau perlu tunduk sopan

jika dia berkata yang konklusinya kau tahu dia ‘tak mahu’
kau berganjak kebelakang sebanyak 3 langkah
kau perlu hormati keputusan dia..

dan kau capai pistol yang tersemat dibelakang kau
kau acu tepat kedahinya,
dan tari picu
dan didetik itu peluru akan bergerak laju tembus antara dua kulit mulus gadis

dan bila kau pasti ruh dia sudah tiada dalam jasad,
kau tabur kelopak bunga atas jasadnya (bunga yang kau bawa tadi kan ada)
tangisi momen itu

kerana cinta kau pada dia sudah berakhir…..

tips dari – KADIR PSYCO

selepas ditahan dan dia sebenar nya tidak siuman
dalam erti kata lain
dia GILA

kerana sebuah cinta kepada manusia

tapi dalam hatinya
cinta dia telah sampai kepada gadis dia suka
yang bukan sekadar suka yang biasa-biasa

annie ix – i

tengahari
tiada siulan burung
tiada awan mendung
suatu hari yang seakan berkabung

sesusuk kecil berbalut liput kepala
belari payah mendaki timbunan batu
mencari sesuatu – berharga mungkin
dari usahanya dia seakan kental

tergelincir seketika
dek permukaan yang kurang rata
dan sepatu lusuh kelabu yang bejahit kasar tepinya
licin…
tinggi…
berhabuk…
itu yang diharung,

sebuah bagasi dipikul dibahunya
setiap kali gelincir tangannya pantas meraba belakang
memastikan bagasinya tidak apa-apa
berat gendongannya itu,
sekali sekala langkahnya berhenti menyusun nafas semula

dan ketika itu dalam kepalanya kosong
tapi bersepah, dalam lindungan bayang kegelapan
sebuah kekosongan yang menyerabutkan

tiba di puncak

telinganya dihentak,
bagasinya tercampak
tubuhnya melayang melawan graviti

jasadnya rebah, rohnya pejam,
adakah ini namanya
mati?

peti suara seorang banduan

seorang gadis misteri,
suaranya menggoda dan manja,
jadi sebab aku jatuh cinta,

dia
terkurung dalam sebuah penjara kecil.
kerana satu kesalahan mesteri tanpa punca,
dia dituduh berzina suara dengan teman penjaga penjara,

kerana dia,
aku rasa satu aura yang jingga,
yang dia sentiasa rapat dengan jasad manusia aku,
jarang berenggang….

ironinya,
sebuah penjara diisi banduan gadis,
yang sentiasa aku jaga,
sentiasa aku pelihara,
sentiasa aku awasi,
dan selalu aku bawa,

terasa,
aku ini unmensi penjaga penjara,
yang kacak dan tegap mungkin,

dalam penjara,
banduan gadis itu,
jarang mengeluarkan kata,
mungkin takut aku tergoda dimangkin nafsu naga,

“this is the voicemail for the num……”

ini kalimat sakti seorang banduan
bernama,
ALONDRA ANGELA

satu soalan;
adakah dia melayu?