Dari Sepucuk Pistol ke Kereta 4-Lejang

Hang Jebat ni kira bertuah sebab Hang Tuah tak kawan dengan Samuel Colt, kalu tidak mesti Hang Jebat ditembak dari jauh jer dengan revolver sebelum sempat membuka pencak. So tak ada laa yang hikayat pepanjang cerita kisah depa berlawan.

dan,

Justin Bieber pulak bertuah sebab zaman sekarang ni orang banyak bebudak yang kurang ke-mumaiyis-an main facebook n twitter, kalu tak usah harap la nak adafollower twitter ngan fan yang ramai macam tue. Dah la suara tak sedap mana muka pun cam jambu plastik. *tiada unsur iri hati disini*

Itu jaman dulu-dulu dan kisah seorang yang bukan warga malaysia tapi sekarang kat Malaysia ni kau kira bertuah, jika ko ada dua komrad yang sorang ber-tshirt one-piece tu ada home-stay berpenghawa dingin lengkap dengan peti ais dan sorang lagi ada kereta yang laju dan selesa walaupun cermin retak ditambah dengan sound system yang mantap. Hoho..yang paling rare ialah ciri2 Puspakom yang naturally ada pada owner tshirt one-piece tue…

Post ini cuma pendapat penulis yang bukan materialistic.

Sebuah sesuatu yang tersedia

ketentuan
pergerakan segala dikawal kuasa langit

segala baik dan buruk itu datang dari Allah,
segala sudah tertulis,

perlu usaha –
kerana kita diberi akal
kerana kita hamba
kerana kita perlu mencari – jumpa itu ketentuan
kerana mencari itu indah – dan bukan terlalu lebih
dan mencari itu adalah sebab untuk – berlaku
dan segala itu sudah ditentukan

segala ada jalan menuju apa ‘nawaitu’ –
jalan tuju syurga
jalan yang benar

masa,
itu makhluk
dan dari lahir kita sudah bersama dia
umur – berapa lama kita bersama dia?
sampai satu ketika dia pasti akan ceraikan kita
tiada mustahil
ajal – ungkapan talak bagi masa
mati – selepas dicerai masa dengan ajal, mati datang melamar

syariat – luaran
lapar;
carilah makanan
keluarga ditindas;
bangun membela walau perlu berperang