peti suara seorang banduan

seorang gadis misteri,
suaranya menggoda dan manja,
jadi sebab aku jatuh cinta,

dia
terkurung dalam sebuah penjara kecil.
kerana satu kesalahan mesteri tanpa punca,
dia dituduh berzina suara dengan teman penjaga penjara,

kerana dia,
aku rasa satu aura yang jingga,
yang dia sentiasa rapat dengan jasad manusia aku,
jarang berenggang….

ironinya,
sebuah penjara diisi banduan gadis,
yang sentiasa aku jaga,
sentiasa aku pelihara,
sentiasa aku awasi,
dan selalu aku bawa,

terasa,
aku ini unmensi penjaga penjara,
yang kacak dan tegap mungkin,

dalam penjara,
banduan gadis itu,
jarang mengeluarkan kata,
mungkin takut aku tergoda dimangkin nafsu naga,

“this is the voicemail for the num……”

ini kalimat sakti seorang banduan
bernama,
ALONDRA ANGELA

satu soalan;
adakah dia melayu?

Pantulan sebuah Jasad

disatu tempat,
ada pari-pari,
kecil tubuh,
ada sepasang sayap comel dibelakang,

isi hatinya penuh,
bersepah,
sebu,
dengan sebuah RIAK yang kelabu,

dia rasa dia makhluk yang terindah,
tercantik,
makhluk lain hina semuanya,
dicercanya semua,
disalahkannya semua,
semua salah tanpa dia,

satu pagi,
bangun mahu gosok gigi,
dalam pantulan cermin,

yang terlihat,
hanya…

seekor BABI.

Senggama Berterusan

dua pasang kaki,
bersarung hitam berbulu,
panjang anatominya,
bergerak seiring,
tanpa gagal,
tanpa cerai,
tiada pisah antara mereka,
tanpa sepatu,

tapi mereka berkongsi jasad,
dari satu sudut mereka seolah penat jadi satu,

duA manusia didalam jasad kucing hitam,
bernyawa sembilan.

agaknya.