burung bukan terbang

terbang – kemampuan bergerak tanpa bantuan tanah

kerana mati burung juga ditarik graviti

Advertisements

Malang tanpa Bau

ada satu cerita,

disebuah negara ada sebuah kereta,
kereta itu dipandu cermat tanpa gopoh,
tapi malang kereta itu terlaju dan lajunya diperhatikan,

ia disaman,
bukan sekali, bukan dua kali, tetapi 5 kali,
Tuan kerata tak ada kertas untuk memodalkan 5 saman itu,
sampai satu ketika cukai jalan tamat tempoh,
mahu dihidupkan cukai jalannya saman nya masih ada 5,
maka dengan insurans2 lah tidak dapat diaktifkan

nanti ada rezeki lebih aku bayar” kata tuan kereta.
dan kereta dipacu tanpa cukai jalan dan tanpa insurans

dipendekan cerita,
satu hari malang tiba,
kereta itu melanggar seorang pelajar universiti,
pelbagai tulangnya patah,
malang nasib pelajar itu,
malang lagi dia merupakan anak sulung janda yang tidak bekerja,

aduan polis dibuat,
peguam datang tanda simpati mahu membela,

setelah disiasat kereta itu tanpa cukai jalan,
tiada perlindungan insurans,

hahahaha….padan muka pelajar itu…

sudahla dilanggar..nasibnya gagal dibela setimpal,
ini semua salah kereta kah???

ini salah siapa??

Baha Gia

Baha Gia sebuah negara di selatan kutub,

sejuk,
makanan kurang,
diserang virus,

disana matahari hanya lampu tanpa fungsi,
ada, tapi;
panas tiada,
fotosintesis hanya cerita buku,
pepejal beku bercantum jadi satu,

tapi disitulah namanya negeri “Baha Gia”

walau payah
walau sakit
walau perit

negeri itu tetap “Baha Gia”

kerana ia bukan harta yang dicari
ia sebuah nama yang amat dalam

ia sebuah kurniaan dari langit.

“BahaGia”