About

binatang sungguh, baru aku perasan yang aku ini faker hanya dalam ertikata lain poser. Mesti ramai yang mencaruti aku dedepan aku tu memang la jarang api belakang sapa tahu?

bila selak balik semalam, bulan lepas, dan risalah-risalah dulu, semua aku rasa sampah.

tAPI sampah-sampah pun aku yang buat,
semua macam tak ada ruh tak ada zat,
macam mana dah penat dah klu memang cam nie je bakat memang da tak leh push dah, botox pon dah disuntik dan perlukan rawatan susulan tapi apa hasilnya…

dah macam kayu nangka yang dihayutkan ombak tsunami,
entah mana akan terdamparnya….

sepi
AKU si-jiwa kosong

 

~ini juga adalah papan tanda [yang entah keberapa]

suntikan botox

selasa: 14 Disember 2012
Nibong Tebal
Kawasan perumahan Nepal (bukan nama sebenar)

botox itu sejenis ubat yang
objektifnya ialah
untuk menipu mata,
menambah keyakinan yang hampir tak ada,
mengembirakan hati yang sudah dalam pusara,

botox ini sebenarnya tak ada lah berguna sangat,

tapi,
hari ini aku ke klinik mahu disuntik kimia botox. Aku memacu modosikal 115 cc tanpa penghawa dingin biru dengan fikiran kosong. Tak ada tujuan. 4 lampu isyarat ku lewati aku sampai di sebuah klinik swasta. Owner-nya doktor bumiputera bersaudara. Aku menegakkan tongkat sakti dihadapan klinik tanpa silu. Aku melangkah menuju sebuah pintu yang ber-tinted hampir 100%. Di lobi klinik bersepah gadis dan figura gadis dan sebentuk gadis yang bertubuh seakan gadis. Aku diberi brochure bewarna warni berisi info botox. Brochure  yang membuat kan mata aku rambang, semua serbi boleh dibuat, ada juga yang tak terpikir dek pemikiran manusia ber’doktor falsafah ini.

Pelik tapi menarik

“Romli Isehak” suara misi berambut kerinting dan berbadan gempal memekik nama aku.

Aku bisu dan aku melangkah….masuk ke ruang doktor..

“BETOL NI?” doktor tanya pada aku.
aku angguk

**10 Minit kemudian**

kini aku adalah lelaki berserta botox tersuntik ditubuh ku.
sebelum aku blah dari klinik itu doktor sempat pesan “KAU JANGAN JADI ORANG LAIN TAPI JADI DIRI KAU SENDIRI”
aku sengih dengan botox di’pipi’

terima kasih doktor ZOMBI

aku kini kosong ada tapi takda makna