Pujangga Tuah

lahirnya PUjangga Tuah;
kerana sultan Lamanya cemburu akn negeri lain;

Sultan itu Nomad orang nya;
Mencari ketenangan sendiri,

moga langkah ini membawa suatu erti,

Advertisements

berTUAH si Hang Tuah.

Tuah sebuah keretapi berkuasa tinggi,
dikuasakan menggunakn terapi haba yang mengkondensasi,

Tuah seekor nyamuk yang selalu ditampar mati,
tapi sampai sekarang Tuah masih ada terngiang kanan dan kiri,

Tuah seorang abang kampung yang hebat dijulang,
kesungai pagi-pagi untuk menjerat tapi masih belum pulang,

Tuah ingin mempunyai sebuah produksi,
nafsunya mahu emas berkati-kati,
tapi Tuah tak reti satu pon pasal cakap berapi-api,
yang Tuah penah buat hanya bangun pagi dan makan gaji

Tuah minat pada lukisan dari negara yang empunya Nagasaki,
diteleknya di tenungnya angan mahu jadi pengarah lukisan berseni,
tapi Tuah tangan kayu, nak lukis kena tekap dulu,
maklumlah Tuah tak ada bakat semula jadi,

Tuah bukan seorang kaki DVD,
tapi suka tonton cite yang berpixel tinggi,
sejak TAming Sari Tuah dirampas menteri,
Tuah banyak mengelamun ingin sebuah produksi,

Tuah kau ni mimpi siang hari,
mane mungkin V6 nak lawan dengan V10 yang power nya berkali-kali,

Tuah kau ni memang macam ni?

Asimilasi Jurus Jaka

Tuah;

deria itu kena tajam,
selak kitab bertalam-talam,
dalam cari erti kehidupan,
dengan harap kalasenja tak gusar dibaham malam,

cari kebal baru-(kebal lama beribu panglima guna)
mencari eksklusifi jurus ciptaan sendiri,
mana erti hidupnya tunjang dunia,
ilham dariNya diharap siram atas otaknya,

dalam asimilasi Jurus jaka-nya

ikhlas | TUAH

nawaitu bukan Gah dicari,
bukan kebal diri untuk ditakuti,
bukan kebal diri untuk membunuhi,
tapi makanan nafsu diri,
agar nafsu tak menyalak membelit jasad mati,
dan sebab ini Tuah berasimilasi;

 

dalam mencari identiti watak sendiri

sebuah cerita: sekuntum anggerik bunga

Tuah itu wujud di dimensi manusia,
wujudnya pasti bersepah dosa,
gagah silatnya tak terhalang noda,
dek hebat nya jurus nafsu pawaka,

berguru entah dengan siapa,
Tuah rela hina dungu dari fakir disana,
tapi Tuah siapa dinding tahannya senipis kertas cina,
dirobek mudah si anggerik muda,

dan Tuah kini tersembam ketanah,
kerana kerisnya tumpul tak berasah,
jurusnya lemah teruk dibelasah,

sebuah cerita:

sial kau!’ jerit suara,

“itu bukan harta kau!!” dari jauh, bagi sekampung dengar,

“biar ini hak aku, kau itu yang sial !! semua nak diperbetulkan” pekik lantang tanpa sumbang…

terkedu si dia “ahh..aku tak peduli itu bukan kau punya!!” pantas tanpa berpikir,

hilang suasana diam yang diganti dengan tegang,
surut air sungai, hitam tanah di muara…..

sebuah cerita:

tuah itu orang gila.
adakah keris itu beraja,
mahu ditikam semua yang derhaka,
persetankan dunia,
pedulikan semua,

tuah itu orang gila,
yang jasadnya hilang entah kemana,
jasanya berjela-jela,
mahu anak-cicitnya percaya,
tuah, kenapa?

tuah itu warisan kita yang gila…..