Selagu robotik

sebuah lagu senggama mungkin
tona ia menyentuh hati jaka

sedap mungkin dimainkan dalam kereta.

‘high for this – ellie goulding’

–||–

Advertisements

Kahf – Cerita Gua dari Langit

ini cerita “Gua”
chapter yang ke-18
110 ayat sakti
4 kisah besar dalam satu cerita.

satu,
betapa teruknya sekali kita diugut
jangan kita tinggalkan Islam
biar kita yang tinggalkan mereka
walau teruk mana sekali pun
(kisah lelaki gua)

dua,
betapa banyaknya harta dunia kita,
sebenarnya itu bukan semata-mata usaha kita,
bukan semata-mata,
jangan lemas dalam mewah dunia,
kerana apa yang kita rasa mewah
bukan kerana semata-mata kita
(kisah lelaki, kawan, dan kebun-kebun mereka)

tiga,
betapa tingginya ilmu kita,
ada yang lagi tinggi ilmunya,
dan untuk mencari ilmu,
perlu pastikan dari mana ilmu itu,
keluarkan soalan dalam belajar sesuatu,
yang bukan dari ilmu yang diada-adakan oleh manusia,
kerana segalanya datang dari dia,
(kisah musa dan hamba Allah yang berilmu)

empat,
betapa besarnya kuasa kita,
ada lagi kuasa yang besar yang berupaya memberi kuasa,
sentiasa berendah diri,
dan sentiasa mengharap petunjuk darinya,
kerana hakikatnya kita adalah hamba,
yang dipinjamkan kuasa,
(kisah Dzulkarnain)

hafalan 10 pertama – terlindung dari fitnah Dajjal
bacaan hari Jumaat – cahaya pada diri sehingga jumaat akan datang

–||ref||–